ASAS BAGI SELURUH PENGOPERASIAN KAMI IALAH PERNIAGAAN MINYAK SAWIT KAMI. KAMI ADALAH ANTARA SYARIKAT MALAYSIA TERAWAL YANG MENERIMA PENSIJILAN RSPO SEPENUHNYA.

KEMAMPANAN, KUALITI DAN KEBOLEHKESANAN MINYAK SAWIT MENTAH (MSM) KAMI SUDAH TERBUKTI KERANA KAMI DIKENALI DAN DIPERCAYAI DI PASARAN.


Fakta & Statistik Utama (Pada Disember 2022)


Bank Tanah

60,339 ha

Hasil Sehektar

22.06 MT/ha

Kawasan Penanaman

51,598 ha

Matang

4,598 ha

Tidak Matang

Kadar Pengekstrakan Minyak (OER)

20.27%

Pengeluaran BTS

1,111,496 MT

Kadar Pengekstrakan Inti (KER)

5.35%

KEBANGGAAN KAMI

BENIH KAMI

Melalui kerjasama kami dengan MPOB, kami telah menghasilkan benih Clonal Palm Series 3 (CPS3), iaitu klon kelapa sawit berkualiti tinggi yang mampu meningkatkan produktiviti melalui penghasilan Buah Tandan Segar (FFB) dan OER yang lebih tinggi, yang disediakan untuk penanaman komersial.

KEBANGGAAN KAMI

PENCIPTA NILAI PROGRESIF

Nilai Johor Plantations adalah pada kecerdasan dan kebolehskalaan kami. Nilai Johor Plantations terletak pada ketangkasan dan skalabiliti kami. Sebagai sebuah syarikat bersaiz sederhana, kami tidak terlalu besar di mana perkembangan kami disekat kerana isu-isu birokrasi, dan tidak terlalu kecil untuk membawa impak dan skala.

KEBANGGAAN KAMI

KAWALAN KUALITI

Semua ladang dan kilang milik kami diperakui RSPO; empat kilang kami menerima status identiti terpelihara (IP) di mana CPO dari kilang-kilang ini boleh dikesan terus ke sumbernya yang telah diperakui.

MENJAMIN MASA HADAPAN PERNIAGAAN

Kami tahu kepentingan usaha kolaboratif untuk mengusahakan masa hadapan secara mampan dan menampung populasi global yang berkembang pesat tanpa meningkatkan penggunaan tanah pertanian dan jejak karbon. Kami memahami isu-isu yang timbul dalam industri minyak sawit adalah merumitkan justeru kami yakin bahawa melalui perkongsian, kami dapat mengenal pasti, mengurangkan dan menangani punca utama yang mencetuskan isu-isu tersebut di seluruh rantaian nilai. Kami berusaha keras untuk menjalin kerjasama strategik dengan rakan kongsi inovasi, teknologi, pemuliharaan dan infrastruktur terhebat dunia agar dapat mencipta pendekatan dan penyelesaian baharu dengan memanfaatkan kekuatan dan kepakaran unik masing-masing.

KOMITMEN KAMI

MEMBAWA KEMAJUAN DALAM TEKNOLOGI & PENDIGITALAN

PEMERKASAAN PEKEBUN KECIL

MEMUPUK AMALAN ESG

Untuk kekal berdaya saing dalam industri, Johor Plantations melancarkan perjalanan Transformasi Digital lima tahun pada 2021. Bahagian Digital telah menyediakan buku panduan untuk membantu kami mencapai visi syarikat iaitu, menjadi sebuah organisasi berteraskan ESG dan kemajuan digital agar dapat memanfaatkan semua pihak berkepentingan kami.


Beberapa aktiviti utama termasuklah:

  • Migrasi ke pusat data awan persendirian di AVM Cloud di Kuala Lumpur dengan Tapak Pemulihan Bencana di Cyberjaya
  • Pembangunan Kplant, aplikasi komprehensif yang direka untuk menyelaraskan operasi lapangan daripada penuaian dan pemindahan BTS kepada proses seperti pembayaran dan daftar semak
  • Migrasi ke RISE melalui Edisi Awan Peribadi SAP S/4 HANA Private Cloud Edition (PCE) untuk memusatkan fungsi pejabat belakang agar dapat meningkatkan lagi pematuhan dan kecekapan tadbir urus.
  • Membina lebih daripada 27 sambungan Akses Internet Terus (DIA) melalui menara komunikasi di seluruh unit operasi Johor Plantations untuk membolehkan sambungan internet berdedikasi berkelajuan tinggi Maxis untuk akses awan yang lancar.

Johor Plantations telah melancarkan Program Penyertaan Pekebun Kecil pada tahun 2018 untuk menyokong petani bebas di Johor. Program ini menyediakan:

  • Khidmat nasihat
  • Insentif Kewangan
  • Panduan untuk membantu para peladang untuk mendapatkan Pensijilan Meja Bulat Bagi Minyak Sawit Lestari (RSPO)

Di Johor Plantations, kami bermatlamat untuk menjangkaui norma dan metrik industri dengan memastikan semua operasi kami dirancang dan dilaksanakan secara lestari. Bagi kami, kelestarian merujuk pada pelengkapan kitaran dalam industri dan kewujudan sebuah ekosistem bersih yang cekap untuk meminimumkan penghasilan sisa dan memaksimumkan output.


Sasaran ESG kami:

  • Mengurangkan 50% pelepasan gas rumah hijau menjelang tahun 2025 dan mencapai kadar pelepasan bersih sifar menjelang tahun 2050
  • Mengukuhkan komuniti melalui impak sosial yang positif
  • Amalan terbaik industri berkaitan tadbir urus dan etika perniagaan
  • Amalan terbaik industri berkaitan piawaian alam sekitar dan tenaga kerja
 

KAMI BERDEDIKASI UNTUK TERUS MENJADI PELOPOR DALAM INDUSTRI DENGAN SENTIASA MENCARI PERKARA BAHARU UNTUK DIBAWA DAN DIPERKENALKAN DI DALAM INDUSTRI.

PERKHIDMATAN MAKMAL ANALISIS PUSAT

Perkhidmatan Makmal Agritech terkemuka kami menjadi pilihan pihak berkepentingan dalaman dan pemain pertanian luar kerana kualiti analisis kami yang unggul, tempoh pengeluaran keputusan yang singkat dan standard kualiti yang tinggi. Pencapaian utama makmal kami termasuklah:


ISO/IEC 17025 yang diperakui sejak 2005, kami menjalankan pelbagai ujian kimia dan fizikal, khususnya ujian sampel pertaniantermasuklah tanah, baja, daun, efluen, air, minyak sawit serta susu getah untuk meningkatkan produktiviti tanaman di samping memastikan pematuhan pada peraturan dan undang-undang berkaitan.

Diiktiraf secara global melalui Perjanjian Pengiktirafan Bersama (MRA) yang disahkan oleh Kerjasama Akreditasi Makmal Antarabangsa (ILAC), sebuah organisasi antarabangsa untuk badan akreditasi yang beroperasi mengikut ISO/IEC 17011.

Pengiktirafan ini mengesahkan pematuhan kami pada piawaian antarabangsa dan menunjukkan komitmen kami terhadap penjagaan kualiti dan kemahiran teknikal.

Berdasarkan pengiktirafan seluruh industri terhadap perkhidmatan makmal kami, hal ini membuktikan kesungguhan berterusan kami untuk menyediakan perkhidmatan ujian yang berkualiti, pantas, tepat dan boleh dipercayai. Oleh sebab itu, kami mempunyai berpotensi tinggi untuk menjadi peneraju inovasi yang mampu mengubah corak permainan di dalam industri.

TEROKAI PERKHIDMATAN KAMI

Perkhidmatan Makmal Agritech terkemuka kami berjaya melaksanakan metodologi Enam Sigma yang membantu kami untuk terus menambah baik perkhidmatan kami dan memberikan nilai lebih tinggi kepada pelanggan kami.

Di masa hadapan, kami berusaha untuk mengembangkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan berpandukan metadologi Enam Sigma, meluaskan lagi keupayaan analisis kami untuk memenuhi permintaan industri, dan menjalin kerjasama dengan pemain-pemain utama industri agar dapat memacu inovasi serta memberikan nilai yang tidak terhingga kepada pelanggan-pelanggan kami.

PERTANYAAN

STRATEGI SISA-KE-KEKAYAAN

Kami menjalankan tanggungjawab kami untuk melengkapkan kitaran produk kami sambil membawa kemajuan dalam industri bahan api. Melalui inisiatif sisa-ke-kekayaan kami, kami memastikan bahawa setiap produk sampingan yang terhasil dalam proses pengeluaran minyak sawit kami dikeluarkan, digunakan, dikitar semula dan diguna semula sebagai sumbangan ke dalam suatu ekonomi kitaran bersifat regenerative di samping menjana aliran keuntungan baharu serta membawa lebih banyak nilai baharu untuk para pelanggan kami.

TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI


FFB POME & PKS BIOMETANA & BIO-CNG

Biometana
Dijual kepada grid nasional Gas Malaysia

250,000 MMBtu/tahun bersamaan dengan 381,679 Silinder Gas LPG Menjana 73.3 GWh Tenaga dan mengurangkan 24,250 MT CO2eq Pelepasan GHG

*Menurut Potensi Pemanasan Global (GWP) 25


Bio-CNG

350,000 MMBtu/tahun bersamaan dengan 534,351 Silinder Gas LPG Menjana 102.5 GWh Tenaga dan mengurangkan 173,950 MT CO2eq Pelepasan GHG

*Menurut Potensi Pemanasan Global (GWP) 25

MT CO2eq: Satu unit ukuran yang digunakan untuk menyatakan potensi pemanasan global gas rumah hijau dari segi jumlah karbon dioksida (CO2) yang akan mempunyai kesan pemanasan yang sama dalam tempoh masa tertentu. Unit ini membenarkan perbandingan gas rumah hijau yang berbeza berdasarkan sumbangan relatifnya kepada perubahan iklim

MINYAK SAWIT MERAH


FFB MF (MESOCARP FIBRE) RPO (RED PALM OIL)

Minyak sawit merah dieksport ke industri biodiesel sehingga

90% harga CPO

dengan kapasiti pengeluaran 2,476 MT

BIOKOMPOS


FFB EFB BIOKOMPOS & SUNGKUPAN

Biokompos, baja dan tanah pintar dijual di bawah jenama ‘Bionik’ oleh salah satu anak syarikat kami

Biokompos
  • Mesra alam -100% bahan organik meningkatkan penyerapan air dalam tanah
  • Mengurangkan pergantungan kepada baja bukan organik
  • Meningkatkan kesuburan tanah tanpa mengganggu struktur tanah
  • Mesra alam dan bebas bahan kimia berbahaya
Baja Bionik
  • Mempercepatkan kesuburan tanah dan pemuliharaan air melalui aktiviti mikrob
  • Mempercepatkan kadar pertumbuhan tanaman dan mengekalkan produktiviti yang teguh
  • Mengurangkan masalah tanah seperti kemerosotan berasid dan tanah
  • Nilai Nitrogen, Fosforus dan Kalium (NPK) yang lebih tinggi dan tiada campuran najis haiwan
Tanah Pintar Bionik
  • Sedia untuk digunakan - tidak perlu dicampur dengan tanah
  • Sesuai untuk semua jenis tanaman, termasuk sayur-sayuran, pokok buah-buahan dan tanaman hiasan
  • Organik dan memelihara alam sekitar
  • Mempercepatkan proses pokok berbunga dan berbuah
  • Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit tumbuhan

BIOJISIM


FFBISIRUNG KELAPA SAWIT & SERAT MESOKARPA

BIOJISIM UNTUK PENJANAAN TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI

Biojisim ini akan digunakan sebagai bahan bakar untuk dandang dan menghasilkan wap bertekanan tinggi yang disalurkan ke turbin wap untuk menjana tenaga elektrik yang akan digunakan dalam pengoperasian kilang minyak sawit. Pendekatan ini sangat penting dalam pengurangan penjejakan karbon dan menguatkan lagi agenda kelestarian perniagaan Johor Plantations.

*Data dari tahun 2022, diperoleh dari kelima-lima kilang kami

PERKHIDMATAN PENAMBAHAN NILAI

MENCIPTA NILAI BAHARU DAN MENGEKALKAN NILAI SEDIA ADA MERENTASI RANTAIAN MINYAK SAWIT

Sebagai matlamat kami untuk menjadi pemain industri pertanian yang utama di rantau ini, kami menyatukan perkhidmatan penambahan nilai kami dan menubuhkan tiga anak syarikat di bahawa Johor Plantations. Lima anak syarikat ini terdiri daripada aset perladangan dan perkhidmatan bantuan yang tersedia dalam pengoperasian kami.

  • PERSATUAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (WCS)

    Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) adalah sebuah organisasi bukan keuntungan yang berdedikasi untuk melindungi hidupan liar dan ekosistem semula jadi. Kolaborasi kami tertumpu pada beberapa strategi pemuliharaan, termasuklah menetapkan dan menguruskan kawasan dilindungi. Kawasan-kawasan ini menjadi pusat perlindungan untuk hidupan liar, mengekalkan kepelbagaian biologi, dan mempromosi pengurusan sumber serta tanah secara lestari. Program kolaborasi yang dilaksanakan adalah termasuk melindungi habitat, membanteras penyeludupan hidupan liar, dan merangka pelan pemuliharaan untuk memastikan kelangsungan kehidupan beberapa spesies terancam.

  • YAYASAN EARTHWORM (EF)

    Yayasan Earthworm, dikenali dahulu sebagai The Forest Trust (TFT), adalah sebuah organisasi bukan keuntungan yang berdedikasi untuk mempromosi kelestarian dan amalan penyumberan beretika dalam pelbagai industri, khususnya minyak sawit. Menjalin kerjasama dengan Yayasan Earthworm melambangkan komitmen kami untuk mengguna pakai amalan-amalan yang beretika dan bertanggungjawab.

  • PERSATUAN PENCINTA ALAM MALAYSIA (MNS)

    Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang tertumpu pada usaha pemuliharaan warisan semula jadi Malaysia. Kami komited dan aktif:

    • Melibatkan diri dalam semua bengkel, acara dan aktiviti MNS
    • Menyertai projek pemuliharaan dan lawatan padang
    • Mengambil peluang untuk menjalin hubungan dengan ahli-ahli lain atau pakar bidang
    • Menyokong dan melibatkan diri dalam inisiatif serta kempen pemuliharaan MNS
  • INISIATIF PELAPORAN GLOBAL (GRI)

    Inisiatif Pelaporan Global (GRI) mempunyai sebuah komuniti yang terdiri daripada beberapa organisasi yang terlibat secara aktif dalam pelaporan kelestarian dan menggunakan rangka kerja GRI sebagai panduan. Kami komited untuk:

    • Terus menjadi mendahului industri sebagai pemain utama dan menjadi organisasi pertama yang membawa pembangunan berkaitan GRI, Piawaian GRI dan trend-trend dalam landskap pelaporan kelestarian
    • Melengkapkan organisasi dengan pengetahuan praktikal, peralatan dan inspirasi untuk mencapai tahap ketelusan korporat yang tertinggi
    • Memahami dan mempraktikkan amalan pelaporan kelestarian yang terbaik
    • Memupuk inovasi di peringkat global melalaui kolaborasi serta meningkatkan lagi kualiti pendedahan
  • SASPO

    SASPO, yang dikelola oleh WWF-Singapura, adalah suatu inisiatif perniagaan yang menyatukan syarikat dari pelbagai sektor untuk menangani isu rantaian bekalan berkenaan minyak sawit dan berusaha meningkatkan bekalan dan permintaan minyak sawit lestari yang diperakui. Kami berdedikasi untuk mencapai sasaran penggunaan 100% minyak sawit yang bebas daripada penebangan hutan dan penukaran ekosistem semula jadi), serta berusaha mendapatkan 100% minyak sawit lestari yang diperakui RSPO.

  • KOMPAK GLOBAL PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNGC)

    UNGC, atau Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, adalah suatu inisiatif sukarela yang menggalakkan perniagaan dan organisasi untuk mengguna pakai polisi serta amalan lestari yang selaras dengan tanggungjawab sosial kami. Kami berusaha untuk menyediakan suatu rangka kerja yang akan menyelaraskan pengoperasian dan strategi kami dengan sepuluh prinsip global yang umum termasuklah perkara melibatkan hak asasi manusia, tenaga kerja, alam sekitar dan antirasuah.

  • MINYAK SAWIT LESTARI MALAYSIA (“MSPO”)

    MSPO, atau Minyak Sawit Lestari Malaysia Malaysian Sustainable Palm Oil, adalah suatu skim pensijilan yang dibangunkan oleh Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) untuk menggalakkan pemupukan amalan lestari dalam industri minyak sawit Malaysia. Kami berusaha untuk menunjukkan komitmen kami terhadap pengeluaran minyak sawit yang mampan melalui pensijilan MSPO. Pematuhan terhadap syarat pensijilan MSPO membawa beberapa kelebihan, termasuklah pengiktirafan sebagai pengeluar minyak sawit yang lestar, akses pada peluang pasaran yang mengutamakan penyumberan lestari, dan kebenaran untuk meletakan logo MSPO pada produk yang diperakui. Penerimaan sijil ini menunjukkan komitmen organisasi kami untuk memikul tanggungjawab alam sekitar dan sosial dalam industri minyak sawit.

  • MEJA BULAT BERKENAAN MINYAK SAWIT LESTARI (“RSPO”)

    Keahilan RSPO boleh dipohon secara sukarela dan terbuka kepada semua organisasi yang terlibat dalam mana-mana bahagian di rantaian bekalan minyak sawit atau berminat untuk mempromosi amalan pengeluaran minyak sawit yang lestari. Untuk menjadi ahli RSPO, terdapat beberapa kriteria tertentu yang perlu dipenuhi di samping mematuhi Prinsip dan Kriteria RSPO untuk Pengeluaran Minyak Sawit Lestari. Johor Plantations Berhad menyertai RSPO pada tahun 2004 di bawah nama syarikat induk kami, Perbadanan Johor. Syarikat kami berdedikasi untuk mengekalkan status pensijilan yang diterima dan mematuhi Prinsip & Kriteria RSPO sepenuhnya.

  • WILDLIFE CONSERVATION SOCIETY (WCS)

    Wildlife Conservation Society (WCS) is a global non-profit organisation dedicated to conserving wildlife and protecting natural ecosystems. Our collaboration focuses on a range of conservation strategies, including establishing and managing protected areas. These protected areas provide safe havens for wildlife, preserve biodiversity, and promote sustainable land and resource management. The collaboration program also includes protecting habitats, combating wildlife trafficking, and implementing conservation plans to ensure the survival of key species.

  • EARTHWORM FOUNDATION (EF)

    Earthworm Foundation, formerly known as The Forest Trust (TFT), is a non-profit organisation dedicated to promoting sustainability and responsible sourcing practices in various industries, especially palm oil. Engaging with Earthworm Foundation signifies a commitment to responsible and ethical practices.

  • THE MALAYSIA NATURE SOCIETY (MNS)

    The Malaysia Nature Society (MNS) is a non-governmental organization (NGO) focused on the conservation of Malaysia’s natural heritage. We are committed and active:

    • Involvement in MNS activities, events, and workshops
    • Participate in conservation projects and field trips
    • Networking opportunities with other members and experts in the field
    • Support and involvement in MNS conservation initiatives and campaigns
  • GLOBAL REPORTING INITIATIVE (GRI)

    Global Reporting Initiative (GRI) has a community of organisations that are actively engaged in sustainability reporting and use the GRI framework as a guide. We are committed to:

    • Stay ahead of the curve and be the first in developments regarding GRI, the GRI Standards and trends in the sustainability reporting landscape
    • Equip the organisation with practical knowledge, tools and inspiration to achieve stronger internal alignment on corporate transparency
    • Gain first-hand understanding of best sustainability reporting practices
    • Foster global innovation through collaboration and improve the quality of disclosure
  • SASPO

    SASPO is a business initiative that brings companies together across varying sectors to tackle supply chain issues around palm oil and work towards increasing the supply and demand of certified sustainable palm oil in Singapore. SASPO, facilitated by WWF-Singapore, is a business initiative that brings companies together across varying sectors to tackle supply chain issues around palm oil and work towards increasing the supply and demand of certified sustainable palm oil. We are committed to 100% of palm oil consumed free from deforestation and conversion of natural ecosystems), and are committed to procure 100% RSPO-certified sustainable palm oil.

  • UNITED NATIONS GLOBAL COMPACT (UNGC)

    UNGC, which stands for United Nations Global Compact, is a voluntary initiative that encourages businesses and organisations to adopt sustainable and socially responsible policies and practices. We are committed to provide a framework for businesses to align our operations and strategies with ten universally accepted principles covering human rights, labour, environment, and anti-corruption.

  • MALAYSIAN SUSTAINABLE PALM OIL (MSPO)

    MSPO, which stands for Malaysian Sustainable Palm Oil, is a certification scheme developed by the Malaysian Palm Oil Certification Council (MPOCC) to promote sustainable practices in the Malaysian palm oil industry. We are committed to demonstrate our commitment to sustainable palm oil production through MSPO certification. Compliance with MSPO certification provides several benefits, including recognition as a sustainable palm oil producer, access to market opportunities that prioritise sustainable sourcing, and the ability to use the MSPO logo on certified products. It also demonstrates our organisation’s commitment to environmental and social responsibility in the palm oil industry.

  • ROUNDTABLE ON SUSTAINABLE PALM OIL (RSPO)

    Membership in RSPO is voluntary and open to organisations that are involved in any part of the palm oil supply chain or have an interest in promoting sustainable palm oil practices. To become a member of RSPO, we must meet certain criteria and comply with the RSPO Principles and Criteria for Sustainable Palm Oil Production. Johor Plantations Berhad joined the RSPO in 2004 under the name of its parent company, Johor Corporation. The company is committed to maintaining the certification and full compliance with RSPO Principles & Criteria.