TENTANG KAMI

MENYEMAI BENIH IMPAK HARI INI UNTUK HARI ESOK YANG LEBIH BAIK

Johor Plantations Berhad, yang dahulunya dikenali sebagai Mahamurni Plantations Sdn Bhd, beraspirasi untuk menjadi pemimpin industri dalam pengeluaran minyak sawit lestari dan pertanian regeneratif yang diperakui oleh RSPO. Kami berdedikasi untuk mencipta nilai berkekalan para pelabur, komuniti kami dan alam sekitar dengan menggalakkan pertumbuhan serta membawa impak yang beretika.

BAGI KAMI, KELESTARIAN BERERTI MELENGKAPKAN KITARAN INDUSTRI DENGAN MEWUJUDKAN SUATU EKOSISTEM BERSIH DAN CEKAP UNTUK MEMINIMUMKAN PENGHASILAN SISA DAN MEMAKSIMUMKAN OUTPUT.

Kami berdedikasi dalam usaha kami untuk memastikan kualiti penanda aras yang diguna pakai tidak terjejas di samping menitikberatkan prestasi tinggi merentasi seluruh rantaian nilai minyak sawit, bermula dengan proses penyemaian benih, ke proses pengekstrakan teroptimum di kilang-kilang kami dan menjana tenaga boleh diperbaharui menerusi inisiatif sisa-ke-kekayaan kami. Dari benih ke proses penuaian, dan seterusnya ke penghasilan tenaga boleh diperbaharui, kami mempelopori ekonomi pertanian kitaran menerusi empat usaha niaga bersepadu kami.

 

MELANGKAH KE ARAH MASA HADAPAN PERLADANGAN MENERUSI INOVASI

Dari ciptaan jentera, ke teknologi dron penderiaan jauh, sehinggalah pengurusan kesihatan tanaman berpacukan data kami – kami membantu para peladang dan pekebun kecil dalam komuniti kami untuk meningkatkan lagi hasil tanaman mereka serta mencapai ketekalan dalam kualiti tanaman yang terhasil. Dengan berkolaborasi bersama semua pihak berkepentingan di dalam ekosistem ini, kami berusaha untuk meningkatkan lagi usaha penjanaan semula dan kawalan biologi secara semula jadi, sambil mengurangkan impak alam sekitar merentasi semua operasi kami.

Anggaplah Johor Plantations sebagai pencipta nilai progresif anda. Kami bukan sahaja menjalankan inisiatif untuk menjana kekayaan melalui sisa, malah kami juga berusaha untuk mengekstrak nilai baharu daripada segala aktiviti huluan-hiliran yang dilaksanakan termasuklah bahan api boleh diperbaharui, biokompos dan penghasilan minyak sawit merah. Pada masa yang sama, kami menumpukan seluruh usaha kami ke arah pemerkasaan komuniti kami untuk mencapai keseimbangan dalam kehidupan bekerja.

VISI

MENJADI PENGELUAR PILIHAN GLOBAL UNTUK PRODUK MINYAK DAN LEMAK PREMIUM YANG MAMPAN DAN BOLEH DIKESAN

 

MISI

DENGAN MEMBERIKAN KOMITMEN PENUH TERHADAP INTEGRITI, KUALITI, KELESTARIAN DAN INOVASI, KAMI MEWUJUDKAN SUATU PERNIAGAAN RANTAIAN NILAI BERSEPADU YANG DAPAT MEMAKSIMUMKAN PULANGAN SEMUA PIHAK BERKEPENTINGAN YANG TERLIBAT

 

 
KAMI SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENEROBOS SEMPADAN BAHARU DALAM INDUSTRI PERTANIAN, BIOBAHAN API DAN PENINGKATAN KUALITI KEHIDUPAN UNTUK MENJAMIN KELANGSUNGAN GENERASI AKAN DATANG.

BERSAMA, MARI KITA MENINGGALKAN SEBUAH DUNIA YANG LEBIH BAIK DARIPADA YANG KITA TEMUI

MATLAMAT

Johor Plantations adalah sebuah syarikat perladangan berpandangan jauh yang menjalankan perniagaan-perniagaan huluan-pertengahan menggunakan teknologi utama untuk membawa penambahbaikan dalam pengoperasian melalui penjenteraan dan pendigitalan. Fokus kami adalah memberikan pulangan yang mampan.

 

CARA KAMI MENGUKUR KEJAYAAN

TERDAPAT TIGA PRINSIP TERAS YANG MENYATUKAN KAMI SEBAGAI SEBUAH ORGANISASI DAN SEJAJAR DENGAN MATLAMAT KAMI:

 

KETAHUI RAHSIA KEHEBATAN KAMI

  • PERSATUAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (WCS)

    Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) adalah sebuah organisasi bukan keuntungan yang berdedikasi untuk melindungi hidupan liar dan ekosistem semula jadi. Kolaborasi kami tertumpu pada beberapa strategi pemuliharaan, termasuklah menetapkan dan menguruskan kawasan dilindungi. Kawasan-kawasan ini menjadi pusat perlindungan untuk hidupan liar, mengekalkan kepelbagaian biologi, dan mempromosi pengurusan sumber serta tanah secara lestari. Program kolaborasi yang dilaksanakan adalah termasuk melindungi habitat, membanteras penyeludupan hidupan liar, dan merangka pelan pemuliharaan untuk memastikan kelangsungan kehidupan beberapa spesies terancam.

  • YAYASAN EARTHWORM (EF)

    Yayasan Earthworm, dikenali dahulu sebagai The Forest Trust (TFT), adalah sebuah organisasi bukan keuntungan yang berdedikasi untuk mempromosi kelestarian dan amalan penyumberan beretika dalam pelbagai industri, khususnya minyak sawit. Menjalin kerjasama dengan Yayasan Earthworm melambangkan komitmen kami untuk mengguna pakai amalan-amalan yang beretika dan bertanggungjawab.

  • PERSATUAN PENCINTA ALAM MALAYSIA (MNS)

    Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang tertumpu pada usaha pemuliharaan warisan semula jadi Malaysia. Kami komited dan aktif:

    • Melibatkan diri dalam semua bengkel, acara dan aktiviti MNS
    • Menyertai projek pemuliharaan dan lawatan padang
    • Mengambil peluang untuk menjalin hubungan dengan ahli-ahli lain atau pakar bidang
    • Menyokong dan melibatkan diri dalam inisiatif serta kempen pemuliharaan MNS
  • INISIATIF PELAPORAN GLOBAL (GRI)

    Inisiatif Pelaporan Global (GRI) mempunyai sebuah komuniti yang terdiri daripada beberapa organisasi yang terlibat secara aktif dalam pelaporan kelestarian dan menggunakan rangka kerja GRI sebagai panduan. Kami komited untuk:

    • Terus menjadi mendahului industri sebagai pemain utama dan menjadi organisasi pertama yang membawa pembangunan berkaitan GRI, Piawaian GRI dan trend-trend dalam landskap pelaporan kelestarian
    • Melengkapkan organisasi dengan pengetahuan praktikal, peralatan dan inspirasi untuk mencapai tahap ketelusan korporat yang tertinggi
    • Memahami dan mempraktikkan amalan pelaporan kelestarian yang terbaik
    • Memupuk inovasi di peringkat global melalaui kolaborasi serta meningkatkan lagi kualiti pendedahan
  • SASPO

    SASPO, yang dikelola oleh WWF-Singapura, adalah suatu inisiatif perniagaan yang menyatukan syarikat dari pelbagai sektor untuk menangani isu rantaian bekalan berkenaan minyak sawit dan berusaha meningkatkan bekalan dan permintaan minyak sawit lestari yang diperakui. Kami berdedikasi untuk mencapai sasaran penggunaan 100% minyak sawit yang bebas daripada penebangan hutan dan penukaran ekosistem semula jadi), serta berusaha mendapatkan 100% minyak sawit lestari yang diperakui RSPO.

  • KOMPAK GLOBAL PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNGC)

    UNGC, atau Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, adalah suatu inisiatif sukarela yang menggalakkan perniagaan dan organisasi untuk mengguna pakai polisi serta amalan lestari yang selaras dengan tanggungjawab sosial kami. Kami berusaha untuk menyediakan suatu rangka kerja yang akan menyelaraskan pengoperasian dan strategi kami dengan sepuluh prinsip global yang umum termasuklah perkara melibatkan hak asasi manusia, tenaga kerja, alam sekitar dan antirasuah.

  • MINYAK SAWIT LESTARI MALAYSIA (“MSPO”)

    MSPO, atau Minyak Sawit Lestari Malaysia Malaysian Sustainable Palm Oil, adalah suatu skim pensijilan yang dibangunkan oleh Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) untuk menggalakkan pemupukan amalan lestari dalam industri minyak sawit Malaysia. Kami berusaha untuk menunjukkan komitmen kami terhadap pengeluaran minyak sawit yang mampan melalui pensijilan MSPO. Pematuhan terhadap syarat pensijilan MSPO membawa beberapa kelebihan, termasuklah pengiktirafan sebagai pengeluar minyak sawit yang lestar, akses pada peluang pasaran yang mengutamakan penyumberan lestari, dan kebenaran untuk meletakan logo MSPO pada produk yang diperakui. Penerimaan sijil ini menunjukkan komitmen organisasi kami untuk memikul tanggungjawab alam sekitar dan sosial dalam industri minyak sawit.

  • MEJA BULAT BERKENAAN MINYAK SAWIT LESTARI (“RSPO”)

    Keahilan RSPO boleh dipohon secara sukarela dan terbuka kepada semua organisasi yang terlibat dalam mana-mana bahagian di rantaian bekalan minyak sawit atau berminat untuk mempromosi amalan pengeluaran minyak sawit yang lestari. Untuk menjadi ahli RSPO, terdapat beberapa kriteria tertentu yang perlu dipenuhi di samping mematuhi Prinsip dan Kriteria RSPO untuk Pengeluaran Minyak Sawit Lestari. Johor Plantations Berhad menyertai RSPO pada tahun 2004 di bawah nama syarikat induk kami, Perbadanan Johor. Syarikat kami berdedikasi untuk mengekalkan status pensijilan yang diterima dan mematuhi Prinsip & Kriteria RSPO sepenuhnya.

  • WILDLIFE CONSERVATION SOCIETY (WCS)

    Wildlife Conservation Society (WCS) is a global non-profit organisation dedicated to conserving wildlife and protecting natural ecosystems. Our collaboration focuses on a range of conservation strategies, including establishing and managing protected areas. These protected areas provide safe havens for wildlife, preserve biodiversity, and promote sustainable land and resource management. The collaboration program also includes protecting habitats, combating wildlife trafficking, and implementing conservation plans to ensure the survival of key species.

  • EARTHWORM FOUNDATION (EF)

    Earthworm Foundation, formerly known as The Forest Trust (TFT), is a non-profit organisation dedicated to promoting sustainability and responsible sourcing practices in various industries, especially palm oil. Engaging with Earthworm Foundation signifies a commitment to responsible and ethical practices.

  • THE MALAYSIA NATURE SOCIETY (MNS)

    The Malaysia Nature Society (MNS) is a non-governmental organization (NGO) focused on the conservation of Malaysia’s natural heritage. We are committed and active:

    • Involvement in MNS activities, events, and workshops
    • Participate in conservation projects and field trips
    • Networking opportunities with other members and experts in the field
    • Support and involvement in MNS conservation initiatives and campaigns
  • GLOBAL REPORTING INITIATIVE (GRI)

    Global Reporting Initiative (GRI) has a community of organisations that are actively engaged in sustainability reporting and use the GRI framework as a guide. We are committed to:

    • Stay ahead of the curve and be the first in developments regarding GRI, the GRI Standards and trends in the sustainability reporting landscape
    • Equip the organisation with practical knowledge, tools and inspiration to achieve stronger internal alignment on corporate transparency
    • Gain first-hand understanding of best sustainability reporting practices
    • Foster global innovation through collaboration and improve the quality of disclosure
  • SASPO

    SASPO is a business initiative that brings companies together across varying sectors to tackle supply chain issues around palm oil and work towards increasing the supply and demand of certified sustainable palm oil in Singapore. SASPO, facilitated by WWF-Singapore, is a business initiative that brings companies together across varying sectors to tackle supply chain issues around palm oil and work towards increasing the supply and demand of certified sustainable palm oil. We are committed to 100% of palm oil consumed free from deforestation and conversion of natural ecosystems), and are committed to procure 100% RSPO-certified sustainable palm oil.

  • UNITED NATIONS GLOBAL COMPACT (UNGC)

    UNGC, which stands for United Nations Global Compact, is a voluntary initiative that encourages businesses and organisations to adopt sustainable and socially responsible policies and practices. We are committed to provide a framework for businesses to align our operations and strategies with ten universally accepted principles covering human rights, labour, environment, and anti-corruption.

  • MALAYSIAN SUSTAINABLE PALM OIL (MSPO)

    MSPO, which stands for Malaysian Sustainable Palm Oil, is a certification scheme developed by the Malaysian Palm Oil Certification Council (MPOCC) to promote sustainable practices in the Malaysian palm oil industry. We are committed to demonstrate our commitment to sustainable palm oil production through MSPO certification. Compliance with MSPO certification provides several benefits, including recognition as a sustainable palm oil producer, access to market opportunities that prioritise sustainable sourcing, and the ability to use the MSPO logo on certified products. It also demonstrates our organisation’s commitment to environmental and social responsibility in the palm oil industry.

  • ROUNDTABLE ON SUSTAINABLE PALM OIL (RSPO)

    Membership in RSPO is voluntary and open to organisations that are involved in any part of the palm oil supply chain or have an interest in promoting sustainable palm oil practices. To become a member of RSPO, we must meet certain criteria and comply with the RSPO Principles and Criteria for Sustainable Palm Oil Production. Johor Plantations Berhad joined the RSPO in 2004 under the name of its parent company, Johor Corporation. The company is committed to maintaining the certification and full compliance with RSPO Principles & Criteria.