KEMAJUAN TEKNOLOGI
Masa hadapan pertanian ialah pendigitalan. Kami bercita-cita untuk memupuk pertumbuhan berpacukan inovasi merentasi pengoperasian kami sebagai inisiatif perlindungan pendekatan-pendekatan kami yang berketahanan, cerdas dan lestari sambil kami membentuk semula landskap pertanian di negara ini. Inisiatif-inisiatif teknologi kami memberikan kelebihan kompetitif di industri di samping mengoptimumkan dan mentransformasi budaya kerja kami.
PENDIGITALAN
Kami memulakan anjakan kami ke arah teknologi berdigital pada tahun 2003 apabila kami menemui potensi untuk pengoptimuman pada ketika itu, sebelum pemain-pemain industri lain menyedari bahawa pendigitalan adalah cara untuk mereka maju ke hadapan. Sejak dari itu, kami telah menyaksikan kemajuan yang pesat - inisiatif-inisiatif pendigitalan kami memberikan peluang untuk mengurangkan kerja-kerja manual dalam proses pemantauan, pemetaan, penganalisis dan penyimpanan maklumat serta data di ladang-ladang kami, menyelaraskan semua proses di samping meningkatkan kecekapan kami.
SISTEM MAKLUMAT AGROTEK JOHOR PLANTATIONS
Bermatlamat untuk mengoptimumkan pengurusan di ladang dengan menggabungkan Sistem Penentududukan Global (GPS), Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Program Pemantauan Minyak Sawit untuk mendapatkan data pengurusan dan agronomik yang boleh memberikan ringkasan tentang prestasi ladang.
Dron digunakan untuk mengambil gambar aerial beresolusi tinggi, yang kemudian akan dimasukkan ke peta digital yang tersedia.
Dilengkapi sistem aerial tanpa manusia (UAS) untuk menghasilkan peta degital berketepatan tinggi.
Meningkatkan keberkesanan penggunaan tanah, kadar penaburan baja yang dikawal baik dan mencipta peta ladang yang tepat.
PENUAIAN BERGERAK K-TANAMAN
Sistem pengurusan ladang bersepadu dalaman yang dibangunkan oleh kami menyelaraskan keperluan proses, operasi dan pengurusan perniagaan utama.
Sejajar dengan tema “Kemajuan melalui Pendigitalan”, sistem ini mendigitalkan koleksi data dan menjalankan analisis melalui suatu infrastruktur awan berpusat.. Penyelesaian ini menyumbang pada penjimatan kos tahunan lebih dari RM/1.1 juta, pemerolehan data masa sebenar, ramalan data, mempermudahkan proses, penyediaan data lebih tepat, meningkatkan kecekapan proses, menambahbaik kawalan proses ladang, UI/UX lebih baik, budaya kerjaya positif, maklumat GIS dan proses perintegrasian lancar.
Sistem ini berintegrasi dengan sistem lain dengan lancar seperti sistem Pekerja Asing Kulim (KFOR), Weighbridge, SAP dan Power BI. Pengintegrasian ini menyingkirkan silo, kelewahan, menambah baik akses data, bersiap sedia untuk kontingensi. Menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan, serta menambah baik keberkesanan strategik dan pengoperasian menyeluruh.
KFOR
Sistem Pengurusan Pekerja Asing (KFOR) yang baru diperkenalkan meningkatkan lagi kecekapan penyimpanan data yang relevan berkaitan pekerja asing kami dan diselaraskan dengan sistem K-Tanaman untuk menguruskan mereka menerusi daftar kedatangan kami.
SISTEM PEMEROLEHAN DATA DAN KAWALAN PENYELIAAN (SCADA)
Membantu dalam pengoperasian kilang dengan menyediakan pemantauan berterusan untuk meningkatkan lagi keselamatan, mengurangkan keralatan manual melalui pengautomatikan, menyelaraskan aliran kerja agar dapat mengoptimumkan penggunaan sumber, menambah baik proses pembuatan keputusan berdasarkan data masa sebenar dan analisis trend, mengoptimumkan penggunaan tenaga untuk penjimatan kos, dan meningkatkan kawalan kualiti sebagai usaha merancakkan lagi persaingan pasaran.
Dengan pelaksanaan sistem ini, pengoperasi kilang boleh menguruskan fasa utama dalam proses pengekstrakan minyak sawit dengan tepat seperti proses pensterilan, penghadaman, dan penjernihan. Pelaksanaan ini menjamin hasil tuaian dan kualiti minyak yang rertinggi, mengurangkan penghasilan sisa, serta meminimumkan impak terhadap alam sekitar. Tambahan pula, Keupayaan penyelenggaraan ramalan SCADA membenarkan proses penyelenggaraan peralatan yang proaktif, seterusnya mengurangkan tempoh masa henti yang mahal di samping meningkatkan lagi kecekapan pengoperasian secara menyeluruh.
PENJENTERAAN
LANGKAH SETERUSNYA DALAM TRANSFORMASI TEKNOLOGI KAMI
Selaras dengan matlamat ini, kami mengambil inisiatif untuk mencipta peralatan berjentera dan mesin-mesin proprietari. Piawaian kualiti dan langkah-langkah penambahbaikan kecekapan yang dilaksanakan oleh kami adalah yang terbaik dalam industri, bukan sahaja untuk kami malah rakan-rakan industri lain - oleh itu, kami membekalkan produk-produk kami dan menawarkan penyelesaian diperibadikan kepada pemain-pemain pertanian di pasaran.
PENGAUTOMATIKAN
MEMBAWA PROSES TRANSFORMASI KAMI KE TAHAP SETERUSNYA
Walaupun penyelesaian berjentera kami adalah yang terbaik di dalam industri, tetapi masih perlu dikendalikan oleh manusia, seterusnya tidak dapat mencapai tahap kecekapan 100% apabila digunakan. Oleh itu, pengautomatikan menjadi pilihan – peralihan ke suatu sempadan penerokaan yang baharu di dalam industri.. Dikawal dari jauh, tidak perlu dikelola oleh manusia dan diaturacarakan, inisiatif pengautomatikan ini membenarkan kami merekod data paling tepat setiap kali tanpa risiko keralatan manusia atau pengiraan salah.
INSTRUMEN MAKMAL
BERAUTOMATIK
Dilengkapi peralatan pengujian terkini termasuklah Spektrofotometer Pelepasan Plasma-Optik Induktif Berpasangan (ICP-OES), Spektrofotometer Penyerapan Atomik (AAS), Spektrofotometer UV dan Penganalisis Auto Nitrogen, untuk menyediakan analisis sampel yang pantas dan boleh dipercayai kepada organisasi dan pelanggan luar.
DRON / PEMETAAN
UAV
Pemetaan aerial dan penderiaan jauh menyediakan asas untuk Pelaksanaan Pertanian Tepat dengan mengumpul maklumat seperti suatu ringkasan mengenai penggunaan tanah, warna/saiz kanopi dan ciri-ciri keseluruhan ladang. Penggunaan teknologi AI dalam pengiraan kelapa sawit, meningkatkan kecekapan dan ketepatan butiran banci kelapa sawit.