KELESTARIAN

KELESTARIAN MELALUI PERANCANGAN

Di Johor Plantations, kelestarian merujuk pada pelengkapan kitaran dalam industri dan kewujudan sebuah ekosistem bersih yang cekap untuk meminimumkan penghasilan sisa dan memaksimumkan output. Kami yakin bahawa kami berpotensi untuk menjadi pelopor industri dalam amalan ESG, bermula dari proses penyemaian benih ke penghasilan Minyak Sawit Mentah dan Minyak Isirung Kelapa Sawit melalui usaha aktif kami ke arah penciptaan sebuah ekosistem regeneratif di samping menjaga kebajikan serta kesejahteraan para pekerja dan kebolehkesanan merentasi rantaian nilai.

KAMI BERMATLAMAT UNTUK MENJANGKAUI NORMA DAN METRIK INDUSTRI DEMI KELANGSUNGAN LEGASI KAMI DENGAN MEMASTIKAN SEMUA OPERASI KAMI DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN SECARA LESTARI.

PENSIJILAN DAN USAHA PEMULIHARAAN

100%
Kawasan ladang milik sendiri menerima pensijilan RSPO

75.22%
CSPO yang dijual dengan perakuan RSPO (CSPO)

61.23%
CSPK yang dijual dengan perakuan RSPO (CSPK)

1,311.10 ha
kawasan HCV

276.25 ha
Kawasan Pemuliharaan

PEMANTAUAN RANTAIAN BEKALAN DAN PEMATUHAN POLISI NDPE JOHOR PLANTATIONS

60,339 ha
Ladang milik Pembekal Dalaman

10,715.38 ha
Ladang milik Pembekal Luar

SIFAR
Kes Pembasmian Hutan dilaporkan dalam pengoperasian kami dan pembekal sejak tahun 2018

100%
Pematuhan oleh pembekal terhadap komitmen ESG Kulim melalui inisiatif Ikrar ESG yang dilaksanakan

KILANAN

100%
Kes kilanan berjaya ditutup

100%
Pensosialan mekanisme kilanan berjaya dilaksanakan untuk kakitangan di semua peringkat

Aktif mempromosi saluran mekanisme kilanan yang berfokuskan wanita melalui saluran di bawah program Wanita Ke Hadapan - Women Onwards (WOW)

KEBOLEHKESANAN

87.52%
Kebolehkesanan ke Ladang

39.43%
Kebolehkesanan ke ladang pembekal luar

9.63%
Peningkatan dalam FFB luar yang diperakui RSPO

MELINDUNGI HAK ASASI MANUSIA

Mengekalkan kadar LTAR di bawah 10 (bagi setiap 200,000 jam bekerja)
Buat masa ini, berada pada kadar1.44

Mengekalkan kadar keterukan di bawah 3.5 tahun-ke-tahun;
Buat masa ini, berada pada kadar2.43

Mengekalkan status
0
Kematian selama dua tahun berturut-turut (2021 & 2022)

Kemas kini terakhir pada Disember 2022

RANGKA KERJA KELESTARIAN KAMI

PRINSIP KAMI

MEMBAWA IMPAK ALAM SEKITAR YANG POSITIF

ISU UTAMA
  • Pelepasan GHG
  • Pengurusan tenaga
  • Pengurusan sisa dan air sisa
SASARAN

Mengurangkan pelepasan gas hijau sebanyak 50% menjelang tahun 2025 dan mencapat tahap pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050

MENYUMBANG KEPADA KOMUNITI

ISU UTAMA
  • Hubungan bersama komuniti
SASARAN

Hubungan dalam komuniti yang lebih utuh melalui impak sosial positif

MEMPROMOSI KETELUSAN & AKAUNTABILITI

ISU UTAMA
  • Pengurusan persekitaran perundangan dan pengawalseliaan
  • Etika perniagaan
  • Ketahanan model perniagaan
SASARAN

Amalan terbaik industri melibatkan tadbir urus dan etika

MELINDUNGI HAK ASASI MANUSIA

ISU PENTING
  • Amalan kerja
  • Hak asasi manusia
  • Keselamatan dan kesihatan pekerja
SASARAN

Amalan terbaik industri melibatkan piawaian alam sekitar dan tenaga kerja

ASPIRASI KELESTARIAN KAMI

Kami berhasrat untuk meningkatkan ketelusan dalam pendekatan dan perkembangan konsep kelestarian yang dilaksanakan melalui pelan hala tuju serta sasaran utama kami untuk menjadi syarikat perniagaan tani yang paling progresif, cekap, menguntungkan dan disegani di rantau ini, di samping mematuhi prinsip Komuniti, Alam Sekitar, Keuntungan, Keamanan dan Kemakmuran kami.

TONGGAK ESG

ALAM SEKITAR

Membawa impak persekitaran yang positif

SOSIAL

Memperkasakan komuniti kami

TADBIR URUS

Membina ketahanan dalam rantaian nilai kami

MEMBAWA IMPAK PERSEKITARAN YANG POSITIF

PENGURANGAN PELEPASAN KARBON

2012:1.76MT CO2e per MT dan PK

47% pengurangan daripada paras dasar

2022:0.93MT CO2e per MT CPO and PK

MENINGKATKAN PENGGUNAAN TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI (RE) DI UNIT PENGOPERASIAN

Pada tahun 2022:67.21%

Sasaran:70%

KETAHUI LEBIH LANJUT

MENYUMBANG KEPADA KOMUNITI

PELABURAN & PENGLIBATAN KOMUNITI

Sumbangan disalurkan melalui Perbadanan Yayasan Johor dan inisiatif-inisiatif CSR Johor Plantations

HAK ASASI MANUSIA & AMALAN KERJA ADIL

  • Keadaan hidup
  • Menguruskan kerja lebih masa
  • Tiada buruh kanak-kanak
  • Mekanisme kilanan
KETAHUI LEBIH LANJUT

TADBIR URUS KE ARAH KEBAIKAN

TOLERANSI SIFAR TERHADAP RASUAH & KORUPSI

Menekankan polisi-polisi Antirasuah dan syarat-syarat ABMS

MEMPROMOSI KETELUSAN DAN AKAUNTABILITI

  • Berusaha untuk mencapai kebolehkesanan pembekal 100%
  • Mewujudkan suatu budaya pematuhan dan pengurusan risiko yang ceka
  • Mengekalkan integriti dan menjalankan perniagaan secara beretika
  • Menjaga kualiti pelaporan pada tahap tinggi dan mendedahkan amalan-amalan yang dipraktik
KETAHUI LEBIH LANJUT

KOMITMEN KAMI TERHADAP MATLAMAT PEMBANGUNAN KELESTARIAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Sejak pengenalan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) pada tahun 2015, kami telah merangka inisiatif-inisiatif kami sendiri untuk memenuhi keperluan global ini. Terdapat 10 SDG yang berkaitan dengan pengoperasian kami telah disenaraikan di bawah dan kami berusaha untuk menyelaraskan inisiatif-inisiatif kelestarian kami menurut sasaran individu yang digariskan dalam setiap matlamat ini.

MEMBERSHIPS

Meja Bulat Berkenaan Minyak Sawit Lestari (“RSPO”)

Minyak Sawit Lestari Malaysia (“MSPO”)

KOMPAK GLOBAL PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNGC)

SASPO

Inisiatif Pelaporan Global (GRI)

PERSATUAN PENCINTA ALAM MALAYSIA (MNS)

COLLABORATION

YAYASAN EARTHWORM (EF)

Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS)

Laporan Kelestarian 2022

Baca Laporan Kelestarian terkini kami di sini untuk mengikuti perkembangan inisiatif, sasaran dan impak ESG kami.

BACA LEBIH LANJUT
  • PERSATUAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (WCS)

    Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) adalah sebuah organisasi bukan keuntungan yang berdedikasi untuk melindungi hidupan liar dan ekosistem semula jadi. Kolaborasi kami tertumpu pada beberapa strategi pemuliharaan, termasuklah menetapkan dan menguruskan kawasan dilindungi. Kawasan-kawasan ini menjadi pusat perlindungan untuk hidupan liar, mengekalkan kepelbagaian biologi, dan mempromosi pengurusan sumber serta tanah secara lestari. Program kolaborasi yang dilaksanakan adalah termasuk melindungi habitat, membanteras penyeludupan hidupan liar, dan merangka pelan pemuliharaan untuk memastikan kelangsungan kehidupan beberapa spesies terancam.

  • YAYASAN EARTHWORM (EF)

    Yayasan Earthworm, dikenali dahulu sebagai The Forest Trust (TFT), adalah sebuah organisasi bukan keuntungan yang berdedikasi untuk mempromosi kelestarian dan amalan penyumberan beretika dalam pelbagai industri, khususnya minyak sawit. Menjalin kerjasama dengan Yayasan Earthworm melambangkan komitmen kami untuk mengguna pakai amalan-amalan yang beretika dan bertanggungjawab.

  • PERSATUAN PENCINTA ALAM MALAYSIA (MNS)

    Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang tertumpu pada usaha pemuliharaan warisan semula jadi Malaysia. Kami komited dan aktif:

    • Melibatkan diri dalam semua bengkel, acara dan aktiviti MNS
    • Menyertai projek pemuliharaan dan lawatan padang
    • Mengambil peluang untuk menjalin hubungan dengan ahli-ahli lain atau pakar bidang
    • Menyokong dan melibatkan diri dalam inisiatif serta kempen pemuliharaan MNS
  • INISIATIF PELAPORAN GLOBAL (GRI)

    Inisiatif Pelaporan Global (GRI) mempunyai sebuah komuniti yang terdiri daripada beberapa organisasi yang terlibat secara aktif dalam pelaporan kelestarian dan menggunakan rangka kerja GRI sebagai panduan. Kami komited untuk:

    • Terus menjadi mendahului industri sebagai pemain utama dan menjadi organisasi pertama yang membawa pembangunan berkaitan GRI, Piawaian GRI dan trend-trend dalam landskap pelaporan kelestarian
    • Melengkapkan organisasi dengan pengetahuan praktikal, peralatan dan inspirasi untuk mencapai tahap ketelusan korporat yang tertinggi
    • Memahami dan mempraktikkan amalan pelaporan kelestarian yang terbaik
    • Memupuk inovasi di peringkat global melalaui kolaborasi serta meningkatkan lagi kualiti pendedahan
  • SASPO

    SASPO, yang dikelola oleh WWF-Singapura, adalah suatu inisiatif perniagaan yang menyatukan syarikat dari pelbagai sektor untuk menangani isu rantaian bekalan berkenaan minyak sawit dan berusaha meningkatkan bekalan dan permintaan minyak sawit lestari yang diperakui. Kami berdedikasi untuk mencapai sasaran penggunaan 100% minyak sawit yang bebas daripada penebangan hutan dan penukaran ekosistem semula jadi), serta berusaha mendapatkan 100% minyak sawit lestari yang diperakui RSPO.

  • KOMPAK GLOBAL PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNGC)

    UNGC, atau Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, adalah suatu inisiatif sukarela yang menggalakkan perniagaan dan organisasi untuk mengguna pakai polisi serta amalan lestari yang selaras dengan tanggungjawab sosial kami. Kami berusaha untuk menyediakan suatu rangka kerja yang akan menyelaraskan pengoperasian dan strategi kami dengan sepuluh prinsip global yang umum termasuklah perkara melibatkan hak asasi manusia, tenaga kerja, alam sekitar dan antirasuah.

  • MINYAK SAWIT LESTARI MALAYSIA (“MSPO”)

    MSPO, atau Minyak Sawit Lestari Malaysia Malaysian Sustainable Palm Oil, adalah suatu skim pensijilan yang dibangunkan oleh Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) untuk menggalakkan pemupukan amalan lestari dalam industri minyak sawit Malaysia. Kami berusaha untuk menunjukkan komitmen kami terhadap pengeluaran minyak sawit yang mampan melalui pensijilan MSPO. Pematuhan terhadap syarat pensijilan MSPO membawa beberapa kelebihan, termasuklah pengiktirafan sebagai pengeluar minyak sawit yang lestar, akses pada peluang pasaran yang mengutamakan penyumberan lestari, dan kebenaran untuk meletakan logo MSPO pada produk yang diperakui. Penerimaan sijil ini menunjukkan komitmen organisasi kami untuk memikul tanggungjawab alam sekitar dan sosial dalam industri minyak sawit.

  • MEJA BULAT BERKENAAN MINYAK SAWIT LESTARI (“RSPO”)

    Keahilan RSPO boleh dipohon secara sukarela dan terbuka kepada semua organisasi yang terlibat dalam mana-mana bahagian di rantaian bekalan minyak sawit atau berminat untuk mempromosi amalan pengeluaran minyak sawit yang lestari. Untuk menjadi ahli RSPO, terdapat beberapa kriteria tertentu yang perlu dipenuhi di samping mematuhi Prinsip dan Kriteria RSPO untuk Pengeluaran Minyak Sawit Lestari. Johor Plantations Berhad menyertai RSPO pada tahun 2004 di bawah nama syarikat induk kami, Perbadanan Johor. Syarikat kami berdedikasi untuk mengekalkan status pensijilan yang diterima dan mematuhi Prinsip & Kriteria RSPO sepenuhnya.

  • WILDLIFE CONSERVATION SOCIETY (WCS)

    Wildlife Conservation Society (WCS) is a global non-profit organisation dedicated to conserving wildlife and protecting natural ecosystems. Our collaboration focuses on a range of conservation strategies, including establishing and managing protected areas. These protected areas provide safe havens for wildlife, preserve biodiversity, and promote sustainable land and resource management. The collaboration program also includes protecting habitats, combating wildlife trafficking, and implementing conservation plans to ensure the survival of key species.

  • EARTHWORM FOUNDATION (EF)

    Earthworm Foundation, formerly known as The Forest Trust (TFT), is a non-profit organisation dedicated to promoting sustainability and responsible sourcing practices in various industries, especially palm oil. Engaging with Earthworm Foundation signifies a commitment to responsible and ethical practices.

  • THE MALAYSIA NATURE SOCIETY (MNS)

    The Malaysia Nature Society (MNS) is a non-governmental organization (NGO) focused on the conservation of Malaysia’s natural heritage. We are committed and active:

    • Involvement in MNS activities, events, and workshops
    • Participate in conservation projects and field trips
    • Networking opportunities with other members and experts in the field
    • Support and involvement in MNS conservation initiatives and campaigns
  • GLOBAL REPORTING INITIATIVE (GRI)

    Global Reporting Initiative (GRI) has a community of organisations that are actively engaged in sustainability reporting and use the GRI framework as a guide. We are committed to:

    • Stay ahead of the curve and be the first in developments regarding GRI, the GRI Standards and trends in the sustainability reporting landscape
    • Equip the organisation with practical knowledge, tools and inspiration to achieve stronger internal alignment on corporate transparency
    • Gain first-hand understanding of best sustainability reporting practices
    • Foster global innovation through collaboration and improve the quality of disclosure
  • SASPO

    SASPO is a business initiative that brings companies together across varying sectors to tackle supply chain issues around palm oil and work towards increasing the supply and demand of certified sustainable palm oil in Singapore. SASPO, facilitated by WWF-Singapore, is a business initiative that brings companies together across varying sectors to tackle supply chain issues around palm oil and work towards increasing the supply and demand of certified sustainable palm oil. We are committed to 100% of palm oil consumed free from deforestation and conversion of natural ecosystems), and are committed to procure 100% RSPO-certified sustainable palm oil.

  • UNITED NATIONS GLOBAL COMPACT (UNGC)

    UNGC, which stands for United Nations Global Compact, is a voluntary initiative that encourages businesses and organisations to adopt sustainable and socially responsible policies and practices. We are committed to provide a framework for businesses to align our operations and strategies with ten universally accepted principles covering human rights, labour, environment, and anti-corruption.

  • MALAYSIAN SUSTAINABLE PALM OIL (MSPO)

    MSPO, which stands for Malaysian Sustainable Palm Oil, is a certification scheme developed by the Malaysian Palm Oil Certification Council (MPOCC) to promote sustainable practices in the Malaysian palm oil industry. We are committed to demonstrate our commitment to sustainable palm oil production through MSPO certification. Compliance with MSPO certification provides several benefits, including recognition as a sustainable palm oil producer, access to market opportunities that prioritise sustainable sourcing, and the ability to use the MSPO logo on certified products. It also demonstrates our organisation’s commitment to environmental and social responsibility in the palm oil industry.

  • ROUNDTABLE ON SUSTAINABLE PALM OIL (RSPO)

    Membership in RSPO is voluntary and open to organisations that are involved in any part of the palm oil supply chain or have an interest in promoting sustainable palm oil practices. To become a member of RSPO, we must meet certain criteria and comply with the RSPO Principles and Criteria for Sustainable Palm Oil Production. Johor Plantations Berhad joined the RSPO in 2004 under the name of its parent company, Johor Corporation. The company is committed to maintaining the certification and full compliance with RSPO Principles & Criteria.